Halwa telinga

Followers

Monday, 14 December 2015

Ada apa dengan puzzle?

As gua ni peminat game puzzle, bila terjumpa satu artikel ni dekat satu website official, tangan aku ni macam kena tarikan magnet nak click tajuk tu. tajuk apo eh? meh sini haa nak koba.


Tajuk eh kan... ->

"7 Kelebihan Yang Mungkin Anda Tak Terfikir Tentang Bermain Puzzle.


bermain puzzle



Selama ini mesti anda rasa bahawa bermain puzzle adalah aktiviti biasa-biasa sahaja, kan?
Dan ianya hanyalah aktiviti kanak-kanak yang hanya sekadar untuk mengisi masa lapang mereka.
Mungkin artikel yang disiarkan kali ini akan mengubah pandangan anda terhadap aktiviti bermain puzzle kerana saya akan berkongsi kelebihan yang dapat kita perolehi dari bermain puzzle jigsaw ini.
Permainan puzzle adalah satu permainan akal yang memerlukan kita mengecam corak dan berfikir dalam mencantumkan cebisan-cebisan puzzle itu dalam membentuk imej yang betul.
Ia melibatkan kemahiran matematikal dan kemahiran logikal yang merangkumi nombor, gambar, bentuk dan juga perkataan.
Selain itu, apa yang menjadikan permainan ini sangat istimewa?
  1. Permainan dan Hiburan yang murah

Disaat kegawatan ekonomi dan kenaikan harga barangan ini, puzzle merupakan satu pilihan yang baik sebagai permainan dan hiburan.
Harganya yang jauh lebih murah berbanding permainan konvesional yang lain pastinya banyak memberi kelebihan kepada segenap lapisan masyarakat, terutamanya ibu bapa yang ingin memberi pendidikan sambil berhibur kepada anak-anak.
Ia mampu memberi hiburan dalam jangka masa yang panjang berbanding dengan ringgit yang dikeluarkan kerana ia mengambil masa untuk diselesaikan.
Selain itu, puzzle mudah didapati dimana-mana tempat di Malaysia, sama ada di pasaraya, kedai runcit ataupun paling mudah, ia boleh dipesan secara online.

  1. Sesuai untuk semua peringkat umur dan tahap kebolehan

Anda boleh menggunakan kepingan jigsaw puzzle yang besar, untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah lembam.
Dipasaran, terdapat pelbagai jenis puzzle dihasilkan.
Ada yang mempunyai kepingan yang sedikit dan terdapat juga yang mengandungi sehingga beribu-ribu keping cebisan jika anda menginginkan cabaran.
Anda juga boleh mencuba puzzle yang menggunakan satu jenis warna sahaja untuk cabaran tahap maksimum dan membuatkan kita gila untuk menyelesaikannya.
Apa yang ingin ditekankan disini adalah, ada pelbagai jenis tahap kesukaran puzzle yang boleh dipilih.
Tidak kira apa kebolehan kita, umur, jumlah masa terluang yang ada, anda sentiasa boleh mendapatkan puzzle yang bersesuaian dengan diri anda.

  1. Bagus untuk perkembangan Otak

Menyusun dan bermain puzzle adalah aktiviti yang bagus untuk memastikan minda kita tajam.
Ia mencabar ketangkasan, penaakulan spatial dan logik fikiran kita.
Malah apa yang lebih baik, aktiviti ini akan menjadikan otak kita bekerja dikedua-dua belah bahagian pada masa yang sama.
Bahagian kreatif otak kita bekerja untuk melihat produk akhir (puzzle yang siap), sementara bahagian logik pula bekerja untuk memadankan kepingan-kepingan puzzle dengan betul dan sempurna.
Jika anda mahukan anak anda membesar menjadi seorang yang kreatif, menyusun puzzle adalah antara langkah pertama kearah itu.

  1. Menggalakkan interaksi

Sementara aktiviti menyusun puzzle memaksa otak kita bekerja, ia tidak bermakna kita tidak boleh bercakap dengan kawan atau dengan keluarga kita semasa sedang menyiapkannya.
Kadangkala, perbualan sesama ahli keluarga yang terbaik berlangsung semasa sedang menyiapkan puzzle bersama-sama.
Disekolah, saya menjadikan aktiviti ini sebagai salah satu aktiviti pelajar saya di dalam kelas supaya mereka saling berinteraksi dengan sihat dan memupuk nilai bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan.

  1. Meningkatkan tahap fokus dan keadaan separa-sedar

Tiada yang lebih baik untuk melatih tahap fokus dan perhatian terhadap tugasan seperti aktiviti menyusun kepingan-kepingan puzzle yang betul.
Ia juga akan melatih kita bersabar kerana kadangkala ia akan membuat kita tersekat seketika sebelum dapat memadankan kepingan yang betul dan kita perlu berusaha keras sebelum menjumpai kepingan yang tepat.
Selain itu, permainan puzzle akan membantu memberi peluang kepada keadaan separa-sedar (subconcius mind) kita untuk berfikir perkara lain. Menyelesaikan puzzle membuatkan minda kita rileks dan berfikir perkara lain.
Apa yang boleh saya beri contoh adalah, apabila ada sesuatu masalah besar yang membuatkan saya buntu untuk menyelesaikannya, saya akan tenangkan minda dengan bermain puzzle.
Kenapa?
Sebab kadangkala saya mendapat cetusan idea dan penyelesaian terbaik sewaktu sedang menyusun puzzle.

  1. Tidak memerlukan tenaga elektrik dan karya seni yang menarik

Anda tidak memerlukan elektrik untuk berpuzzle, tidak seperti video games dan televisyen. Ini bermakna anda boleh menyusun puzzle bila-bila masa dan dimana-mana sahaja, tidak kira hujan atau ribut, di rumah atau diluar. Ia memberikan kita pilihan dikala benda lain tidak boleh didapati.
Setelah kita berjaya menyelesaikan puzzle dan melekatkan ia, anda mempunya hiasan yang menarik untuk dinding rumah anda.
Gam, frame dan mounting board boleh dibeli pada harga yang murah dan senang didapati di kedai stationery.

  1. Membantu pesakit Arthritis (gout)

Dalam bahasa melayu, penyakit arthritis (penyakit sendi) ini dikenali sebagai penyakit gout, yang pada kebiasaannya menyerang kawasan sendi seperti jari-jari.
Dengan bermain puzzle, secara tidak langsung ia akan memberi cara yang lembut dan seronok kepada pesakit untuk memberi senaman pada tangan mereka.
Menggerakkan kepingan, mengutipnya dan memusingkan arah orientasi kepingan puzzle supaya dapat dipadankan, kelihatan biasa bagi mereka yang normal.
Tetapi perkara ini adalah satu cabaran yang bermakna kepada pengidap penyakit tersebut.

Penutup:

Di dalam dunia yang dilambakkan dengan alat elektronik dan gadget sekarang ini, permainan jigsaw dianggap sesuatu yang ketinggalan zaman dan kian dilupakan.
Malah generasi muda sekarang muda ini ada yang tidak mengenali permainan ini.
Pada lain masa jika anda mencari permainan atau hiburan baru, jangan memandang sebelah kepada permainan puzzle.
Walaupun murah, ia memberi lebih banyak kelebihan dan manfaat berbanding perkara lain.
Lagi pun cabaran yang diberikan jauhhh lebih thrill berbanding permainan lain, kan?"
Nak tau banyak cerita pergi je dekat website akuislam.com. halamak... bukan kena tarbiyah psal agama je. mcam2 benda boleh dapat kat website ni. 

Resipi mudah sangat

Siapa tak suka makan lempeng? yeayy kita tak geng. pi main jauh2 sana. Siapa feveret lempeng? any lempeng? meh kita sep, gabung meletup memang da bomb. Selalunya kan lempeng yang biasa kita dengar(ke aku je yg pernah dengar?) is, lempeng biasa, lempeng pisang atau lempeng kelapa an? okay kalini wa nak share sikit lempeng lain drpd yg lain. huhuhu. yeke? poyo je.

Lempeng 'Seafood' Heinz

Ape pulak benda alah ni. okay ni wa nak share resipi lempeng seafood heinz.

Bahan-bahan
  • -200g tepung gandum
  • -1 biji telur
  • -50 ml air
  • -½ sudu kecil garam
  • -¼ sudu kecil lada putih
  • -1 sudu besar Heinz Original Mayonnaise
  • Bahan-bahan A:
  • -100g kubis, dicincang halus
  • -2 batang daun bawang, potong memanjang 4cm
  • -½ lobak merah, dikupas dan dicincang
  • -12 ekor udang saiz sederhana, biarkan berkulit
  • -1 ekor sotong segar, potong jalur
  • -2 sudu besar minyak
  • -Heinz Original Mayonnaise & Heinz Chilli Sauce untuk menghidang(tp boleh je rasanya guna brand lain. well kita hidup bukan pada satu pilihan je.)


  • Cara-cara

    1. Kacau adunan sehingga sebati. Masukkan semua bahan-bahan A dan gaul rata.
    2. Panaskan minyak dalam kuali tidak melekat, dan tuangkan campuran adunan, bentukkan menjadi lempeng dan goreng sehingga perang keemasan. Terbalikkan lempeng dengan berhati-hati dan biarkan sehingga masak.
    3. Letakkan sedikit Heinz Original Mayonnaise & Heinz Chilli Sauce ke atas lempeng secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan.



  • Eh, tiba-tiba tulisan besar. well nak kasi terang lagi jelas. sonang yo kan nak buek eh? po laei moh dogheh try eh.

Aisyah's Song


This song has edited by my brother. according to him, this song is dedicated  to the saidatina aisyah  and others 'srikandi' nowadays. We used listen to this song in 2011 ; before he further his studies in egypt.

The 'Hujan'?


Coz I am the big fans of Hujan band. especially noh... :)


The melody is my remedy whenever I was in depressed.

Hai pada petua.

Jerawat oh jerawat. Masa jerawat datang, susah sangat nak hilangkan. Bila hilang, dia tak pulak betul-betul hilang. Ada pulak meninggalkan parut.ceh, kasi nyah smua tu dengan a few cara yang saya ada guna. (adalah kurangnya, tapi tak fully recover maybe faktor hormon kot.)

Aloe Vera atau Lidah Buaya

Lidah buaya kaya dengan vitamin semulajadi yang membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut secara beransur-ansur.
lidah buaya hilangkan parut jerawat
Aloe Vera juga bersifat lembut, maka susah nak overdose walaupun letak banyak-banyak. Tapi tak perlu banyak pun, sikit cukup. Lidah Buaya boleh didapati di farmasi, tapi kalau tanam sendiri pun dia senang tumbuh.(aku tanam tunggu 2 bulan jugak lah dia nak bercambah, tapi skali bercambah haa kauuu subur...)
Caranya: patahkan daun, ambil lendirnya dan sapukan ke muka. Biarkan lendir atau gel semulajadi itu selama setengah jam, kemudian cuci muka macam biasa.

Timun

Timun mengandungi kadar air yang sangat tinggi, tidak lupa juga vitamin A, vitamin C, dan magnesium - semua yang terbaik untuk kulit anda.
timun segar membantu hilangkan parut
Caranya: hiris timun segar, dan tempekkan pada kulit muka yang berparut. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari sehingga parut hilang.
p/s: tak pernah try lagi ekceli. huhu. kesibukan kini menjadi kekangan.

Madu

Semua sedia maklum bahawa madu adalah raja segala makanan. Tapi malangnya kebanyakan madu dalam pasaran adalah madu yang diproses, dan telah hilang khasiat perubatannya. Cari madu lebah asli, kalau tak petua ni tak jadi.
petua hilangkann parut jerawat dengan madu lebah asli
Caranya: madu lebah asli, ambil sedikit sahaja cukup-cukup untuk urutkan kulit muka. Jangan banyak sangat. Madu liar ni panas. Dah urut, biarkan sahaja. Tak payah bilas. Biarkan mukjizat Nabi Ayub ni laksanakan tugasnya!
p/s:  aku penah buat masa zaman tanam anggur dolu2. putih sikit ar. tapi burn balik bila terdedah dengan aktiviti luar.

Lemon

Lemon adalah asid alfa hidroksil semulajadi, sejenis asid AHA yang fungsinya khusus untuk membantu kulit baru tumbuh seterusnya mengurangkan parut jerawat.
petua hilangkan parut jerawat dengan asid alfa hidroksil
Caranya: Perah sedikit jus lemon ke dalam mangkuk. Kalau kulit anda sensitif, cairkan dengan air sejuk. Kalau tak tak perlu cairkan. Gunakan kapas, sapukan ke muka dan biarkan kering.
Setelah kering, bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.
p/s: A bit pedih ah buat benda alah ni. pernah buat masa zaman form 2. serious in shaa Allah mujarab, kulit cantik. masa tu zaman muka flawless lagi. huhuhuhu

haaa tu deh, baru 4 cara je aku praktikkan. ada satu lagi rahsia sebenarnya. tapi rahsia ah! huhuhuh.

Friday, 11 December 2015

Ask yourself

Do you ever feel down-hearted?  Since I entered this ‘place’ half heaven half hell! I always force myself to not feeling down but somehow that feeling always come whenever I was in the midst of hardship. Ceh. So I often find the way how to overcome this feeling. That’s just the past. For now, I rather prefer let this feeling keep going on without any recovery so, there were so many things that happened between this several weeks. One of them was, I read on an article that truly match with my situations. For instance, the ‘diary’ that has written by Anwar Hadi in his book, entitled; ASK YOURSELF
“These few weeks (feels like several, but in reality, just one) have been tiring. They have been physically, mentally and emotionally draining towards yours truly over here.
        I have to admit, there have been times when I felt like throwing it all away and (as the Malay saying goes) lepas tangan (let go of my responsibilities) and leave everyone else hanging.
        But then, that would just be wrong.
        Life throws you a lot of things. But we have to remember, Allah controls our lives and Allah would never throw us things we can’t catch.
        And when at times of dire despair, when all hope seems lost, when you think you’ve reached your limit, think that it’s all too much, ask yourself. “who knows you better? Yourself? Or the One that created you?” The One that knows the past to your past, knows the future to your future and has been responsible for making your existence even possible?”

        Know the answer to that, and you can still smile at the end of the day, ‘coz you know that you’re in good hands. The best hands. His hands.”

When my depressed reach my limit, I keen to listen this song at max volume sambil angguk2 kpala kiri kanan atas bawah

Monday, 2 November 2015

Senario

Senario 'kini' semakin menjadi-jadi. Manusia hipokrit merata-rata segenap penjuru dunia.
'kini'??? satu tamsil yang dapat aku beri ialah...... manusia yang benar-benar ikhlas ingin membantu kita atau erti kata lain... manusia yang baik budi pekerti dan akhlaknya.

Hidup di alam IPTA bukanlah semudah yang disangka seperti yang acapkali kita tonton di kaca televisyen itu. semua itu drama. nama pun drama.

Eh..Eh.. apalah yang aku mengarut-mengarut ni. huhu. entahlah mungkin jari-jemari sudah lama tidak menari-menari atas keyboard ni... sekali ade chance, huyeahhhh... nikmati lah cukup2.

okay senario yang aku tengok sekarang ni is... penghijrahan seseorang untuk menjadi seorang muslimah sejati. serious... semakin ramai bidadari yang sudah berubah. alhamdulillah. tapi.... jika benar-benar ingin berubah kerana-Nya... pastilah mereka mengambil langkah untuk mencuba berubah dari perkara asas. 1st, solat. solat tu tiang agama kita sebagai umat islam. jaga waktu solat kita.

Besides that, akhlak. yes. susah untuk berubah. tapi selalulah peringatkan diri yang sesuatu tingkah kita itu elok atau tidak di mata masyarakat atau mata yg paling perlu kita utamakan ialah pandangan-Nya...

Banyak bidadari yang kulihat, bertudung labuh, berbaju labuh, lawa mereka bergaya. tetapi bahasa... Astaghfirullah... bukankah mencarut itu mampu menggelapkan hati?
Hey.... Tak fahamlah aku. banyak lagi kata-kata indah yang mampu di ucap. kata-kata buruk juga yang dipilihnya. malah aku juga kadang2 terikut. sekali terlepas. ya Allah. menyesal tak terperi.

aku rasakan senario penghijrahan ini ada kalanya disebabkan trending juga. yelah kat ig, fb, and so on other media socials, banyak betul bisness online baju labuh2 yang cntik2 yang murah2. ade juga yang berubah mungkin kerana ingin menambat hati pak ustaz2.

Walaupun mereka berpakaian mengikut syarak... batas pergaulan atau ikhtilat diabaikan. Sedih melihat dunia marcapada.

Diri ini bukanlah sempurna. Diri ini juga di dalam fasa menghayati gaya hidup berlandaskan syariat islam. tak dinafikan diri ini seringkali terjatuh, bangun dan terjatuh lg. Wahai diri ini... janganlah kau mudah berputus asa. berpeganglah pada 'tali' Allah.