Senario 'kini' semakin menjadi-jadi. Manusia hipokrit merata-rata segenap penjuru dunia.
'kini'??? satu tamsil yang dapat aku beri ialah...... manusia yang benar-benar ikhlas ingin membantu kita atau erti kata lain... manusia yang baik budi pekerti dan akhlaknya.
Hidup di alam IPTA bukanlah semudah yang disangka seperti yang acapkali kita tonton di kaca televisyen itu. semua itu drama. nama pun drama.
Eh..Eh.. apalah yang aku mengarut-mengarut ni. huhu. entahlah mungkin jari-jemari sudah lama tidak menari-menari atas keyboard ni... sekali ade chance, huyeahhhh... nikmati lah cukup2.
okay senario yang aku tengok sekarang ni is... penghijrahan seseorang untuk menjadi seorang muslimah sejati. serious... semakin ramai bidadari yang sudah berubah. alhamdulillah. tapi.... jika benar-benar ingin berubah kerana-Nya... pastilah mereka mengambil langkah untuk mencuba berubah dari perkara asas. 1st, solat. solat tu tiang agama kita sebagai umat islam. jaga waktu solat kita.
Besides that, akhlak. yes. susah untuk berubah. tapi selalulah peringatkan diri yang sesuatu tingkah kita itu elok atau tidak di mata masyarakat atau mata yg paling perlu kita utamakan ialah pandangan-Nya...
Banyak bidadari yang kulihat, bertudung labuh, berbaju labuh, lawa mereka bergaya. tetapi bahasa... Astaghfirullah... bukankah mencarut itu mampu menggelapkan hati?
Hey.... Tak fahamlah aku. banyak lagi kata-kata indah yang mampu di ucap. kata-kata buruk juga yang dipilihnya. malah aku juga kadang2 terikut. sekali terlepas. ya Allah. menyesal tak terperi.
aku rasakan senario penghijrahan ini ada kalanya disebabkan trending juga. yelah kat ig, fb, and so on other media socials, banyak betul bisness online baju labuh2 yang cntik2 yang murah2. ade juga yang berubah mungkin kerana ingin menambat hati pak ustaz2.
Walaupun mereka berpakaian mengikut syarak... batas pergaulan atau ikhtilat diabaikan. Sedih melihat dunia marcapada.
Diri ini bukanlah sempurna. Diri ini juga di dalam fasa menghayati gaya hidup berlandaskan syariat islam. tak dinafikan diri ini seringkali terjatuh, bangun dan terjatuh lg. Wahai diri ini... janganlah kau mudah berputus asa. berpeganglah pada 'tali' Allah.
No comments:
Post a Comment