Halwa telinga

Followers

Monday, 14 December 2015

Hai pada petua.

Jerawat oh jerawat. Masa jerawat datang, susah sangat nak hilangkan. Bila hilang, dia tak pulak betul-betul hilang. Ada pulak meninggalkan parut.ceh, kasi nyah smua tu dengan a few cara yang saya ada guna. (adalah kurangnya, tapi tak fully recover maybe faktor hormon kot.)

Aloe Vera atau Lidah Buaya

Lidah buaya kaya dengan vitamin semulajadi yang membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut secara beransur-ansur.
lidah buaya hilangkan parut jerawat
Aloe Vera juga bersifat lembut, maka susah nak overdose walaupun letak banyak-banyak. Tapi tak perlu banyak pun, sikit cukup. Lidah Buaya boleh didapati di farmasi, tapi kalau tanam sendiri pun dia senang tumbuh.(aku tanam tunggu 2 bulan jugak lah dia nak bercambah, tapi skali bercambah haa kauuu subur...)
Caranya: patahkan daun, ambil lendirnya dan sapukan ke muka. Biarkan lendir atau gel semulajadi itu selama setengah jam, kemudian cuci muka macam biasa.

Timun

Timun mengandungi kadar air yang sangat tinggi, tidak lupa juga vitamin A, vitamin C, dan magnesium - semua yang terbaik untuk kulit anda.
timun segar membantu hilangkan parut
Caranya: hiris timun segar, dan tempekkan pada kulit muka yang berparut. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari sehingga parut hilang.
p/s: tak pernah try lagi ekceli. huhu. kesibukan kini menjadi kekangan.

Madu

Semua sedia maklum bahawa madu adalah raja segala makanan. Tapi malangnya kebanyakan madu dalam pasaran adalah madu yang diproses, dan telah hilang khasiat perubatannya. Cari madu lebah asli, kalau tak petua ni tak jadi.
petua hilangkann parut jerawat dengan madu lebah asli
Caranya: madu lebah asli, ambil sedikit sahaja cukup-cukup untuk urutkan kulit muka. Jangan banyak sangat. Madu liar ni panas. Dah urut, biarkan sahaja. Tak payah bilas. Biarkan mukjizat Nabi Ayub ni laksanakan tugasnya!
p/s:  aku penah buat masa zaman tanam anggur dolu2. putih sikit ar. tapi burn balik bila terdedah dengan aktiviti luar.

Lemon

Lemon adalah asid alfa hidroksil semulajadi, sejenis asid AHA yang fungsinya khusus untuk membantu kulit baru tumbuh seterusnya mengurangkan parut jerawat.
petua hilangkan parut jerawat dengan asid alfa hidroksil
Caranya: Perah sedikit jus lemon ke dalam mangkuk. Kalau kulit anda sensitif, cairkan dengan air sejuk. Kalau tak tak perlu cairkan. Gunakan kapas, sapukan ke muka dan biarkan kering.
Setelah kering, bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.
p/s: A bit pedih ah buat benda alah ni. pernah buat masa zaman form 2. serious in shaa Allah mujarab, kulit cantik. masa tu zaman muka flawless lagi. huhuhuhu

haaa tu deh, baru 4 cara je aku praktikkan. ada satu lagi rahsia sebenarnya. tapi rahsia ah! huhuhuh.

No comments:

Post a Comment